Welcome To Suka Suki Blog

Friday, July 16, 2010

cErpEn nurkilAn mAr amirA omAr (mEmbEr aQoO)

EPILOG KASIH…..

Sayang, maafkan aku kerana pergi dari rumah kau tanpa meninggalkan berita hanya warkah ini yang aku sediakan. Hari ini, jika kau membaca warkah aku…., ketahuilah sepanjang hidup aku hanya pernah menyayangi yang ESA, kau, keluarga aku dan juga keluarga kau. Kita hanya manusia biasa yang mampu menerima semua ketentuanNya. Jika, kau dan aku tidak ditakdirkan olehNya untuk disatukan aku mahu kau menerima keputusan yang telah tertulis semenjak kau menjejakkan kaki kau di bumi ciptaanNya. Dari hari mula aku dan kau dipertemukan, aku benar-benar tidak menyangkakan yang kita akan bertahan sebegini lama dan terus saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Sehinggalah, hubungan kita menerima beberapa halangan dan akhirnya, aku terpaksa melangkah pergi dari hidup kau kerana ini yang terbaik untuk kita. Aku percaya, setiap yang berlaku ada hikmah dan aku tahu siapa jua yang ditemukan jodoh dapat membahagiakan kau seperti mana aku membahagiakan kau, sayang. Aku bukanlah untuk kau.. benar apa yang dikatakan oleh mereka. Selepas kau, aku akan menyayangi impian dan cita-cita aku… Aku akan meneruskan impian yang pernah aku kongsikan bersama kau disuatu ketika dulu…hanya impian dan cita-cita aku yang akan menjadi peneman aku selepas kau.. aku akan menyayangi kau sampai akhir hayat aku…

Insan yang sentiasa menyayangimu,

Muhamad shahrul nahfis

Nama aku Nurhamirza bt Hasmizi. Aku bekerja disalah sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang. Aku mempunyai prinsip hidup yang aku kekalkan dari aku di bangku sekolah sehingga aku Berjaya meneruskan hidup aku yang penuh dengan kekecewaan dan kesedihan. Hidup aku tidak terurus pada mulanya aku dan dia terpisah. Dari seorang yang petah bercakap aku bertukar menjadi seorang yang pendiam. Namun hari berganti hari aku cuba pulihkan semangat aku yang hilang bersama-sama dengan harapan aku. Rindu aku pada dia makin membara.

Jam didinding menunjukkan tepat pukul 6 petang. Aku terus menuju ke tempat meletakkan kenderaan. Aku memandu kereta Honda jazz aku terus ke Kondominium Batu Feringgi. Setelah sampai di rumah aku merehatkan diri aku. Fikiran aku melayang mengimbau kenangan yang lalu.. kenangan yang memeritkan aku.. “sayang, percayalah walau terjadi apa-apa antara kita orang akan pertahankan hubungan ni sampai bila-bila.. janji dengan orang yang dia akan bersama-sama dengan orang untuk pertahankan hubungan kita..”kata-kata itulah yang buat aku bertahan untuk teruskan hidup aku.

Aku terus merehatkan diri aku setelah penat melayan kerenah pesakit. Walaupun begitu, aku tetap teruskan tanggungjawab aku untuk merawat mereka. Airmata aku mengalir buat kesekian kalinya lagi. Kata-kata akhirnya masih segar diingatan aku. Telefonku berdering. Terpapar nama ibuku dan kubiarkan sahaj telefon itu terus menjerit. Walaupun sudah 4 tahun sudah aku kehilangan dia yang amat aku sayangi terasa seperti semalam baru saja kami baru berjumpa. Aku tidak menyangkakan yang pertemuan kami semasa di bangku sekolah pada 11 tahun yang lepas akan berterusan dan berkekalan sehinggalah aku dan dia terpisah.

11 tahun yang lalu..

“Kringgggg……..” loceng berbunyi.

Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih beratur di tapak perhimpunan dan mendengar leteran dari guru mereka. Aku seperti biasa berada di barisan dua sains cuba membetulkan tudungku yang tidak kemas. Selesai menyanyikan lagu Negeri Pulau Pinang dan sekolah kami terus berangkat menuju ke kelas masing-masing. Sebelum beredar ‘spot-check’ mengejut membuatkan semua pelajar terkejut termasuk aku. Aku dan rakan-rakan lain terus menyelup telefon bimbit di tempat yang sulit supaya tidak dapat dihidu oleh pengawas. Dari jauh aku ternampak kelibat pelajar yang baru jejak kaki di sekolah semalam, Shahrul. Dia Berjaya menebusi halangan.

Loceng sudah berbunyi, aku terus mengemas barang-barang aku seperi rakan yang lain untuk pulang. Setelah sampai di luar kawasan sekolah aku terdengar suatu suara yang memanggil aku. Aku menoleh mencari-cari suara itu. Rupa-rupa pelajar baru Shahrul.

“Eh, macam mana,….”tidak sempat menghabiskan ayat aku dia terus memberikan buku aku.

“Dia tercicir barang la tadi. Nah, orang ambil kat tangga. Penat tui kejaq dia.” Aku Cuma tersenyum.

“jom, balik sekali..”ajakan dia aku terima. Kami beriringan berjalan menuju ke perhentian bas sambil seribu mata memandanga aku. Maklumlah, semenjak Shahrul atau Own menjejakkan kakinya di sekolah ramai pelaja-pelajar yang meminatinya kerana kekacakkannya.

“nama orang Shahrul, dia panggil ja Own. Kita dok satu kampung…”kata dia memulakan bicara.

“yaka?? Kampung kita sama?”soal aku yang mahukan kepastian.

“hahahaha tak lah… sat lagi dia naik bas. Dia turun dulu rumah orang kat taman Siakap..” Aku tersenyum simpul.

Semenjak dari kejadian itu, aku dan Own terus rapat. Sehinggalah desas-desus yang menyatakan aku dan dia sedang bercinta didengari oleh guru kaunselling sekolah. Aku diberi kaunseling selama seminggu.

“dia, orang rasa kita dah tak boleh selalu jumpa dalam kawasan sekolah.. orang takot nanti cikgi Aminah bagitahu kat ibu..”kata aku pada dia.

“ala.. yela. Orang tau la dia budak pandai orang ni macam ni ja..”

“jangan merajuk, habis sekolah tunggu orang kat pagar tau..” aku terus berlalu menuju ke kelas.

3 tahun berlalu, aku masih seperti dulu, pelajar yang berada di 5 sains 1 yang masih juga menyimpan perasaan sayangnya untuk Shahrul. Perubahan pada Shahrul yang mendadak juga menyejutkan aku apabila dia mendapat keputusan PMR diluar jangkaan aku. Keputusannya itu membuatkan dia berjaya menjejakkan kaki di kelas 5 sains 2. Kami juga tidak lagi menyelindungi hubungan kami.

Setelah Berjaya mempunyai keputusan yang agak cemerlang aku meneruskan pengajian aku ke Universiti kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan. Manakala own berada di salah sebuah kolej perubatan di Pulau Pinang meneruskan pengajian dalam bidang juru pulih anggota badan (fisoterapi). Namun apa yang menyedihkan aku, keluarga aku menghalang perhubungan antara aku dan dia. Kerana bagi ibu, aku dan dia tidak setaraf. Kami masih lagi bertahan dan aku juga bersyukur kerana keluarga dia menerima baik hubungan kami. Sehinggalah aku masuk tahun kedua pada usiaku mencecah 19 tahun begitu juga dia, dia memberitahu aku yang keluarganya ingin datang kerumah untuk merisik dan meneruskan hubungan kami dengan pertunangan. Aku resah, kerana sebelum ini, ibu pernah menemukan aku dan anak paklong serta menyatakan hasrat ingin menantukan anak paklong yang bekerja sebagai pegawai kewangan di salah sebuah bank di Pulau Pinang. Namun aku biarkan hasrat Shahrul itu dan pulang ke kampung pada hujung minggu.

“tidak!!!! Sudah ibu bagitahu yang ibu nak kau dengan anak paklong!! Suruh saja depa balik bawak semua benda ni. Ibu tak akan setuju. Ini untuk masa depan Mirza…”

“ibu, sampai hati ibu… apa kurangnya Shahrul kat mata ibu?? Mirza sayang dia dan Mirza tak akan terima sapa-sapa, selain dia!!”

2 tahun selepas kejadian, Shahrul telah menamatkan pengajiannya dan bekerja di salah sebuah hospital swasta di Seberang perai. Akhirnya Shahrul mengambil keputusannya dan menyuruh aku menerima lamaran dari keluarga paklong. Katanya, dengan adanya restu ibu aku akan sentiasa bahagia. Mungkin ini adalah penyelesaiannya. Aku terus membangkang. Dan aku membawanya sekali lagi ke rumah untuk buktikan pada ibu yang aku dan dia telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Namun, malang. Kali ini bukan sahaja ibu yang membangkang malah ayah juga menghalaunya dengan cara yang kasar dan dia sempat meninggalkan surat menyatakan hasrat ingin berpisah atas kebaikan aku dan dia. Ayah juga menghalang aku untuk keluar. Aku hanya terperuk di rumah sehinnga pada jam 12 tengah malam aku menerima panggilan telefon dari mama Shahrul yang menyatakan Shahrul kemalangan. Aku terus menyambar kunci motosikalku dan menyaruk baju sejuk.

“Mirza, hang nak pi mana ayah suruh hang dok dalam bilik kan?? Mirza!!”

Aku terus berlalu pergi tanpa menghiraukan teriakan ayah aku.

Sesampai di hospital aku terus menuju ke bilik kecemasan dari jauh aku ternampak kelibat mama Abah dan adik Shahrul.

“mama…”airmata aku mengalir laju.

“sabar, nak…mari ikut mama…”mama menarik tangan aku dan menunjukkan bilik rawatan rapi (ICU). Aku menguakkan pintu bilik dan terlihat kelibat Shahrul yang berada di atas katil, wajahnya amat pucat. Badannya penuh dengan luka. Tiba-tiba, alat yang membantu Shahrul berbunyi. Aku cuba memeriksa nadinya dan aku dapati nadi itu berdenyut pantas lantas aku menjerit memanggil doktor. Aku tahu aku akan kehilangan dia, namun aku mengharapkan tuhan memberikan keajaiban pada insan yang bernama Muhamad Shahrul Nahfis.

“maafkan…saya… Shahrul tak dapat diselamatkan..”

“tidak doktor, tidak… tolong la…selamatkan dia.. tolong!!!!” teriakan aku membuatkan aku seperti orang gila..

“Mirza, tolong la…be professional.. you know that, patient can’t be stay without otak yang tak berfungsi.. he’s gone Mirza!!”

“no!!! you know what, dia dah janji dengan I nak tegok I happy sampai hayat dia but im not happy right now!!!”

Telefon bimbit aku berbunyi dan nama ayah terpapar di skrin.

“hello,..”

“Mirza, hang kat mana?? Balik sekarang jangan sampai ayah suruh orang cari hang..”

“ayah, Shahrul dah tak dak ayah… Dia dah meninggal… tolonglah ayah orang yang ayah halau tadi dari rumah dah tak dak. Dosa kita dengan dia tak terampun ayah…”

Aku terus memutuskan talian. Sekali lagi aku memerhati wajah yang pernah menyayangi aku dengan sepenuh hatinya, wajah itu jugalah yang mengajar aku erti kasih seorang insan kepada insan yang lain. Wajah itu mengajar aku bagaimana kita menyayangi dan mempercayai antara satu sama lain.

‘sayang, walaupun sudah lama berlalu tahulah kau yang aku hanya menyayangi kau sepanjang hidup aku. Kau tahu sayang, walaupun kau tiada di samping aku, tapi cita-cita dan impian kau aku teruskan. Setelah aku kehilangan kau sayang, aku membeli sebuah kereta Honda JAZZ yang kau gila-gilakan sejak kita di bangku sekolah. Aku juga sekarang telah menetap di rumah aku sendiri. Sebuah kondominium yang kau idamkan….dan juga kondominium itu terletak di tepi pantai, supaya aku dapat melihat permandangan matahari terbenam seperti selalu kau lakukan di waktu senja. Sayang, kalau dulu aku hanya menemani kau pergi menderma darah kerana takut akan jarum, tapi sekarang aku melakukan tugasan itu apabila aku lapang. Aku juga membuka sebuah restoran mewah di tepi pantai seperti mana kau inginkan. Untuk pengetahuan kau sayang, restoran itu aku namakan ‘Own’s de seafood’ sempena nama kau sayang. Setelah kau tiada hanya impian kau peneman setia diri ini yang kesepian dan teramat rindu dengan diri kau. Rasa seperti ingin ulang hari-hari kita bersama. Namun semua itu hanyalah harapan yang tak akan kesampaian. Sejak dari hari kau meninggalkan aku, sejak itu aku tidak bertemu dengan kekuarga aku, bukan hendak menjadi anak derhaka, aku hanya perlukan masa untuk menerima apa yang menimpa aku, sayang.. kalau dulu aku sentiasa berkongsi airmata aku dengan kau tapi sekarang kesedihan aku tatapi keseorangan tanpa simpati sesiapa. Aku kesal kerana akhir hayat kau kecewa dengan kedua orang tuaku,maafkan aku sayang…aku sntiasa menemani kau disana sayang dengan doaku setiap kali usai solat… aku harap kau bahagia di sana disamping orang-orang yang beriman…Amin…’

-tamat-

No comments:

Post a Comment