Welcome To Suka Suki Blog

Saturday, July 30, 2011

++ SEPUPUKU SUAMIKU karya LYNN ALLYNA ++





Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. NANA dan HISYAM telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. NANA tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.

Bagi HISYAM pula, andai bercerai badan sekalipun cintany tetap utuh buat NANA. Tiada cinta lain baginya. HANI hanya perosak. JOHAN hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaksuban cinta HANI pada HISYAM tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar HISYAM kembali padanya. Makin kuat HISYAM menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

JOHAN juga begitu. Dalam hatinya hanya ada NANA. Selagi NANA tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.

" Abang, hati NANA hanya ada satu. Sekali NANA jatuh cinta, untuk selamanya hati NANA kat orang tu. NANA harap abang mengerti. "

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang ? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan ? Berpeganglah pada janji TUHAN dan percayalah pada kuasa cinta.

Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.


" Larilah hingga ke hujung dunia, berenanglah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga langit ketujuh, kalau sudah jodoh, pasti bersatu jua. "

No comments:

Post a Comment